Friday, February 25, 2011

komposisi dan koreografi

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ruang membawa maksud sela-sela di antara dua bahagian, tempat atau sesuatu yang tiada batasan, dan jarak yang mengisikan sesuatu tempat. Ruang pada bahasa secara amnya boleh didefinisikan sebagai kawasan atau suatu lapangan yang membentuk suatu lingkungan bahagian. Konsep ruang dalam tari adalah sedikit berbeza, Ruang diibaratkan sebagai bahagian yang terlibat secara aktif dan membentuk sesuatu yang bersifat abstrak berkaitan juga dengan tubuh penari. Ianya juga boleh diterjemahkan sebagai tempat atau lapangan untuk melakukan sebarang bentuk persembahan. Mary Wigman menggunakan ruang secara berulang dan berterusan sebagai suatu elemen yang aktif dan bertentangan. Ruangan juga dijadikannya sebagai sebagai hasil yang terjumpa melalui eksplorasi tari yang dilakukannya dari situlah dia mencipta ruangan yang baru atau yang sedia ada dan hasil ini dijadikannya sebagai motivasi dan kaedah dalam mencipta ruang dengan gerak dan eksplorasi tari. Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut berkaitan dengan ruang ini, suka saya menambah berkaitan ruang dari aspek tubuh seorang penari. Ruangan dalam diri seorang tubuh dan jangkauan kemampuan seorang penari dalam lingkungan tubuhnya dipanggil sebagai ruangan kinesphere. Ruangan ini adalah ruangan jangkauan penuh penari tanpa melakukan sebarang peralihan. Maksudnya, tubuh menjangkau setakat mana yang mampu dijangkau oleh anggota badan yang diluruskan dan dipanjangkan seperti tangan, kaki, kepala atau badan. Ruang boleh juga dipecahkan kepada beberapa bahagian yang berkaitan seperti level iaitu paras dan peringkat dalam penggunaan ruang samada penggunaannya pada level rendah, sederhana dan tinggi dalam memvariasikan dan memberikan warna dalam permainan tingkat dan paras pada penari terutama dalam koreografi kelompok, geometri dalam ruang termasuklah arah dan dimensi meliputi hala tuju dalam tubuh dah pergerakan yang membabitkan ruangan persembahan dan ruang pada tubuh yang digunakan. Ianya membabitkan dimensi membabitkan samada pergerakan itu bersifat simetrikal ataupun tidak. Geometri ini juga berkaitan dengan rangka pada gerak dan anggaran yang akan digunakan dalam mengeksplorasi ruang menggunakan gerak yang diilhamkan dan dilakukan oleh tubuh. Bentuk adalah berkaitan dengan motif yang ingin diwujudkan. Ianya menjadi berkaitan dengan ruang kerana bentuk yang diilhamkan tergantung samada bentuknya besar, kecil ataupun sederhana yang digunakan pada ruang persembahan. Aspek lain yang turut terlibat dalam ruang termasuklah fokus, ruangan aktif, ruangan pentas, pola lantai, ruang diri, dan persekitaran. 
            Masa secara amnya boleh didefinisikan sebagai jangka waktu tertentu (durasi). Bila membicarakan tentang masa dalam persoalan dan skop tari ianya tidak dapat lari dari membicarakan persoalan tempo. Tempo dalam istilah tari bukan sahaja tentang tempo pada lagu atau muzik yang dimainkan sewaktu penari menarikan dan menggerakkan tubuhnya tetapi tempo juga adalah sesuatu yang bersifat pergerakan dan mungkin juga tempo itu ditentukan oleh daya pergerakan. Penari kadangkala mewujudkan tempo yang tersendiri yang kadangkala tidak selari dengan tempo yang terdapat pada lagu. Mungkin sekali gerak yang dilahirkan lebih pantas berbanding dengan lagunya yang perlahan atau sebaliknya pergerakan yang lambat dengan mood lagu yang sedang rancak. Tempo dalam gerak ditentukan oleh aliran gerak yang dilahirkan. Daya gerak yang mengalir lazimnya dalam bentuk yang agak perlahan mengikut aliran dan tidak dipatah-patah (staccato) atau yang tangkas (sharp) dalam daya gerak yang pantas. Masa juga boleh dikaitkan dengan momentum atau daya tolak pada pergerakan. Momentum datang sendiri dan melaluinya akan melahirkan beat atau tempo. Momentum sangat berkait rapat dengan penggunaan tenaga dan daya tolak dalam pergerakan, lantaran itu momentum yang baik mampu memberikan impak dan kesan yang besar terhadap pergerakan tari tersebut. Durasi adalah hal yang bersangkutan dengan kepanjangan atau juga dikenali sebagai tempoh. Sesuatu persembahan yang berstruktur pastinya mempunyai durasi agar sesuatu persembahan itu terlaksana dalam tempoh dan skala waktu yang tetap. Penari atau koreografer seharusnya mengambil kira durasi sebagai satu elemen dalam masa yang perlu dianggap penting bagi mengelakkan persembahan itu dalam durasi yang sesuai dengan keadaan persembahan. Elemen-elemen lain yang terdapat dalam masa termasuklah accent, stillness (pegun), ritma semulajadi yang diwujudkan oleh penari.
            Di dalam tari, tenaga digunakan untuk membekalkan kuasa. Tenaga menolak tubuh menjadikan gerak dalam tari lebih dinamik dan berkualiti. Tenaga adalah potensi besar terhadap sesuatu daya atau tekanan, jumlah kapasiti dalam sesebuah aksi atau pergerakan juga datang daripada tenaga yang dibantu dengan ketahanan daya graviti. Sebagai sebuah elemen besar dalam tari, ianya adalah sebuah entiti yang wajib dan besar yang perlu ada sama seperti masa dan ruang. Daya tekanan terjadi bersama dengan intensity pengembangan dan released pada tubuh. Tekanan juga boleh terjadi dalam skala besar yang kuat dan tegang kepada semulajadi dan normal. Laban menggunakan berat, dalam bentuk sebagai satu inisiatif mengaitkan dengan tekanan. Dinamik pula adalah interaksi dalam tekanan dalam sesuatu masa apabila penari menari secara bersama. Hasilnya akan terdapat pada aksi yang diperlihatkan oleh tubuh. Setiap pergerakan adalah dinamik ianya wujud bilamana ianya dikaitkan dengan tekanan.
IMPROVISASI
            Improvisasi adalah cerminan dari rasa sensitiviti seorang manusia untuk mampu mendaya gunakan serta menyelenggarakan dengan baik ‘aksi dan reaksi’ dalam tubuhnya sendiri. Improvisasi akan berkembang dengan baik bila faktor kualiti kemampuan manusianya sudah mencukupi . Apa yang diperlukan adalah sebuah rangka dan pelan yang kukuh dan terkonsep dengan baik agar improvisasi boleh bergerak lincah secara bebas yang akhirnya dapat menemukan dan mengisi ruang-ruang yang tersedia. Dalam tari secara umumnya improvisasi adalah hal-hal yang berkaitan dengan pergerakan yang lahir dari konsep asas penumpuan dan fokus yang terarah dan maka lahirlah sebuah gerak secara alami tetapi yang berkonsep dan bermotifkan sesuatu yang berstruktur dan bukannya mengikut sesuka hati yang mungkin sesetengah pihak beranggapan yang ianya datang secara spontan dan tiba-tiba atau dijumpai oleh penari mahupun penata tari secara drastik atau mengikut hatinya sahaja. Improvisasi sangat berkait rapat dengan penggunaan minda dan tubuh yang terarah pada satu medium yang sama dalam memberikan eksplorasi penuh terhadap gerak yang dilakukan.
            Menurut sumber yang terdapat dari Wikipedia, ‘contact improvisation’ bolehlah diistilahkan sebagai teknik dalam tari yang mana ianya memfokuskan kepada hubungan fizikal iaitu satu permulaan dalam eksplorasi melalui improvisasi pergerakan. Contact improvisation adalah cara atau bentuk dalam improvisasi tari dan ianya adalah yang diketahui umum sebagai kaedah yang terbaik dan berkarakteristik dalam acuan tari post-modern. Persembahan tari pertama yang mengetengahkan konsep contact improvisation ini adalah Steve Paxton’s Magnesium (1972) yang mana ianya dipersembahkan oleh Paxton dan pelajar tari di Oberlin College. Contact improvisation boleh dipraktikkan sebagai medium konsert secara beramai-ramai dalam bentuk kumpulan, atau juga dalam bentuk tari sosial. Dalam ketetapan sosial (masyarakat), ianya dipanggil ‘jams’ yang mana peserta yang ingin mengambil bahagian boleh terlibat dalam apa jua kaedah dan bentuk yang mereka suka dan pilih. Contact improvisation dipraktikkan duet tetapi juga boleh dipraktikkan dalam kumpulan atau juga secara solo menggunakan objek fizikal (lantai, cermin, kerusi) sebagai bahan untuk melakukan improvisasi. Kebanyakan guru yang mengajar kaedah ini sering menekankan bahawa lantai adalah pasangan pertama dalam melakukan tari atau improvisasi. Melalui kelas yang dilakukan dalam subjek ini, saya memahami bahawa contact improvisation juga sangat penting bilamana ianya berkaitan dengan kefahaman badan dua ataulebih orang penari dalam memberikan dinamik pada gerak yang ingin dilakukan. Ianya sangat melibatkan hubungan badan antara penari secara duet atau kumpulan dan bukannya penari secara solo semata-mata. Dalam proses ini, penari berhubungan memahami bahasa badan, dan keperluan melakukan pergerakan yang terhasil melalui aktiviti dan kaedah yang khusus dan bersesuaian dalam mencari hasil contact improvisation ini.
            Antara aktiviti yang sesuai dan bertepatan dengan konsep improvisasi dan contact improvisation ini adalah seperti mengatur pernafasan. Menagtur pernafasan adalah kaedah yang baik dalam memberikan focus sebelum membuat sebarang pergerakan. Sebagai seorang penari gerak yang diilhamkan mestilah berkualiti dan bukan sekadar ada dalam kuantiti yang banyak. Kualiti yang terhasil haruslah diutamakan. Mencari kualiti, focus penari atau piƱata tari haruslah terarah pada medium dan bentuk yang ingin dilahirkan. Mengatur nafas akan menimbulkan konsentrasi bila penari telah berada dalam keadaan selesa dengan nafas yang diatur tenang dan penari akan mula cuba mengeksplorasi dalam keadaan selesa tersebut dengan keadaan tubuh yang bergerak bebas.
            Aktiviti lain yang dirasakan sesuai termasuklah proses lifting, jumping, back to back, head to head, weight transfer, counter balance, falling dan sebagainya yang mana semuanya melibatkan hubungan individu bersama pasangan dan bukan secara solo. Ini adalah kaedah yang ditekankan dalam kaedah pembelajaran contact improvisation ini.
PROSES KREATIF MELAHIRKAN CIRI KHAS DALAM KOREOGRAFI
            Sesebuah proses kreatif itu menuntut sesuatu yang lahir dari diri seorang penata tari atau penari itu secara alami dan melalui proses susur galurnya yang teratur. Hasil yang lahir dari sebuah komposisi yang terbentuk secara semulajadi akan mendatangkan identiti tersendiri dalam garapan tari yang cuba dibentuk oleh penata tari. Ianya amatlah berbeza dengan hasil yang terilham secara paksa dan dibuat-buat sekadar menuntut pada kehendak dan kemahuan sesebuah tujuan, sebaliknya rasa dan idea komposisi yang ingin dilahirkan itu lahir dari diri individu itu sendiri. Terdapat beberapa peringkat dalam proses menghasilkan sesebuah komposisi khas yang antaranya termasuklah konsentrasi, improvisasi, eksplorasi, membentuk, membentuk semula (menganlisis bentuk yang ada), dan hasilnya barulah membuahkan sesebuah produk.
            Konsentrasi juga boleh diistilahkan sebagai penumpuan. Terdapat pelbagai cara dalam melahirkan konsentrasi secara cepat atau lambat. Konsentrasi akan hadir apabila nafas dalam keadaan teratur, fikiran tenang sepenuhnya tanpa memikirkan sebarang permasalahan, minda terarah sepenuhnya terhadap medium dan bahan yang ingin dicipta disamping tubuh yang benar-benar telah tersedia dengan proses kreatif yang ingin dilakukan. Melalui konsentrasi ini, idea yang asalnya diilhamkan akan dikembangkan dan dibentuk sebelum memasuki proses pencarian gerak dan motif yang bersesuaian. Pelbagai cara untuk mencapai konsentrasi dan fokus, ianya bergantung pada kesesuaiannya tehadap tubuh penari. Antaranya termasuklah memjamkan mata, bernafas melalui hidung dan dihembuskan melalui mulut. Ini antara lain tujuannya adalah untuk menenangkan fikiran serta membuang segala hal-hal yang tidak bersangkutan dengan produk yang ingin dilahirkan.
            Apabila telah mencapai proses konsentrasi, langkah berikutnya adalah melakukan improvisasi. Improvisasi yang dilakukan tidaklah semestinya lahir dalam mood dan gerakan yang perlahan semata-mata. Ianya boleh lahir secara staccato, sharp, dan berteknik terpulang kepada individu dan tahap konsentrasi yang sudah dicapai. Improvisasi itu akan terlahir bila tubuh telah benar-benar dapat mengawal serta memberikan aksi serta respon terhadap tubuh yang sedang mula ingin bergerak. Gerakan yang terlahir dari improvisasi itu terarah pada motif dan tema yang difikirkan dalam proses konsentrasi sebelum ini.
            Eksplorasi adalah satu proses dimana penari mencari dan mendalami gerak hasil dari improvisasi. Kadangkala, proses eksplorasi ini seiring dengan proses improvisasi. Apabila tiba pada satu tahap eksplorasi, penari akan menemukan suatu kualiti gerak yang baru dimana ia didasarkan pada idea dan konsep asal. Melalui proses eksplorasi ini, penari atau penata tari haruslah bijak memilih gerak yang bersesuaian dengan mesej dan tema yang diutarakan.     
            Setelah melalui tiga proses yang dinyatakan diatas, penari atau penata tari bolehlah memulakan proses seterusnya iaitu membentuk gerak seperti yang diinginkan. Gerak tari yang diwujudkan selari dengan idea dan berpadanan dengan gerakan yang diperolehi melalui proses improvisasi dan eksplorasi tadi. Setelah itu, barulah ke peringkat selanjutnya dimana penata tari atau penari menaganalisi dan membentuk semula gerak tersebut pada satu bentuk yang tetap (fix) yang menjadi gerakan muktamad untuk menghasilkan produk dalam karyanya. Dalm bentuk yang telah tetap ini barulah penari akan berpegang pada satu gerakan yang mengjhusus dan sekiranya pergerakan ini ingin disamakan atau diselaraskan ianya menjadi lebih mudah dan sistematik. Maka sebagai langkah akhirnya, ianya menjadi sebuah produk akhir yang mengutarakan mesej dan ilham idea si koreografer untuk dikongsi dan dipersembahkan kepada tontonan umum sebagai produk akhir hasil karya.

           
















Rujukan :      
Kamus Dewan Edisi Ke – 4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Blom L. A. & Chaplin L. T. (n. d.) The Intimate Art of Choreography. Pennsylvania: University of Pittsburg Press.
Kamus Dewan Edisi Ke – 4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kraus R., Hilsendager S. C. & Dixon Brenda. (1991) History of the Dance in Art and Education Third Edition. New Jersy: Prentice Hall.


Monday, February 21, 2011

di balik tabir feseni 2011

feseni 2011..datang lagi. feseni yang merupakan acara tahunan anjuran pusat kebudayaan universiti malaya yang saban tahun diadakan dgn jaya dan penuh gilang gemilangnya kini muncul lagi dalam tahun baru dan dgn pengalaman dan suasana yg baru. dalam feseni ni ada pelbagai acara dikir barat, tarian (melayu, cina, india, kreatif), boria, puisi, nyanyian solo, akustik, pop band, nasyid dan banyak lagi. tanpa gagal universiti malaya terus menganjurkan sehingga FESENI ini sendiri telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebuah penganjuran tanpa henti setiap tahun mulai dari tahun 1961...(aiyo lama nya,lahir pon idaknya lagi).

seperti tahun2 sebelum ini, tahun ini aku masih aktif beraksi tapi dalam suasana yg sedikit berlainan. tahun ini aku diamanahkan untuk membuat koreografi untuk 2 kumpulan tarian kreasi dan sebuah koreografi tarian tradisional yang mana tidak pernah aku lakukan untuk kolej kediaman ke-12 tempat aku tinggal di um. apa yg menariknya ialah pada tahun ini wat pertama kalinya kumpulan pelajar ASASI sains um bersedia untuk berentap dalam kejuaraan feseni untuk merebut kejuaraan bagi acara tarian kreatif. mereka yang berada dikalangan remaja berusia 19 tahun ini begitu bersemangat dan aktif walaupun dijerkah, dimarah dan diperli oleh aku. satu semangat yang aku sendiri rasa kagum. aku pernah koreograf utk satu kolej kediaman beberapa thn lpas (bkn kolej 12), penarinya lembik, semngat xde, pemalas. even nk masuk utk kolej mereka pon perlu dipujuk2.banyak alasan.laki perempuan sama jek.mengada2.pastu x menang diorang nak salahkan koreografer.ko fikir ko siapa?malas usaha,malas berlatih dan tiba2 ko nk kejayaan tu turun bercucuran dari langit dgn magiknya...hotak ko.usaha lah beb!!!aku yang dekat 20 tahun menari ni pon kena berlatih...lemah ar korg ni...(perangai cmni sampai bila2 pon x berjaya,selisih!!). berbalik cter pada grup asasi tadi, buat pertama kalinya aku mencuba elemen tari sarawak sebagai bahan tradisi yang aku angkat menjadi bahan tari kreasi. aku sendiri xtau nak kata camna...tp ianya sangat berbeza dan membanggakan aku sendiri. mana taknya, dgn mereka yg x leh menari,keras kejong. x paham beat dan rhythm tp dgn penuh ketekunannya segala usaha yang mereka lakukan membuahkan hasil...membanggakan lorh. aku berdoa segala usaha dan kerajinan mereka dibalas dgn penuh manis oleh takdir Allah. Insyallah.
inilah team pasum tarian kreatif kolej 12

kumpulan tarian kreasi dan tradisional grup fakulti...ramai org cakap kat aku,xpe senang jek ko nk buat sbb diorang dah leh dance. tapi x semudah itu...huh...diorang semua bz ngan tesis ngan keje2 luar yang aku sendiri faham itu adalah tanggungjawab dan tugas diorang masing2. bayangkan ada yang dah xde apa2 komitmen kat um,tp kerana sebab masalah tesis beberapa org dari mereka masih sanggup dance utk kolej 12, utk kwn2 dan utk aku tentunya. tq so much pada semua ahli dalam grup tarian fakulti...really love u guys. aku sangat2 hargai semua tu...
aku harap kita dapat buat sesuatu yang mengharukan dan menggegar untuk tahun ini.semoga rezeki tahun ini berpihak lagi pada kita...xde kenangan yang lebih indah dan membahagiakan dalam hidup ni selain dapat ketawa dan menangis susah dan senang bersama2. walaupon banyak usaha kita dalam pertandingan membuahkan kejayaan, kita tetap jugak menangis setiap kali nk perform. tu menunjukkan yg korang semua masih ada rasa rendah diri dan harap2 bila berjaya sok jgnlah sombong dan membangga diri...aku doa banyak2 semoga tahun ini kita menggoncang DTC lagi.

aku nak dedicate sorang2 ahli dlm grup fakulti:
1) sya - penari yang paling banyak sekali menari utk piece aku. xkiralah muzikal di IB ke, kontemporari (short sweet n dancebox) n saban tahun utk feseni. sya adalah penari terbaik dan sangat memahami kemahuan dan kehendak aku dlm tarian. klw xde dia ssh jgk aku nk bagi gerak. tq so much. semangat dia yg kuat buat kumpulan ini terus bergerak. dan, tahun ni dia jd koreografer!!!

2) nana - nana gemok ni sebenarnya x kuasa pun nak menari utk feseni. aku nampak kat muka dia. byksgt mslh berselirat kat pala hotak dia.terutama sekali tahun ni dgn kesibukan dia menulis tesis yg sangat2 membebankn pala hotak dia. tapi dia terus ada lagi utk terus sumbang bakti kat kwn2 n sangat mengharukan aku bila dia sendiri kata yg dia dance demi nak tolong aku. aku doakan tesis dia cemerlang. aku akan terus tolong dia smpai tesis dia A++++...hehehe. oh lg satu ni 1st time dia menari kreatif feseni.3 thn blaja kat cni x pnh join kreatif. tiap2 tahun tradisional jek.nak2 satu show hanjing ms dia 1st year hohohho....tq nana.sayang ko beb!

3) syed - aku tau ko penat ngadap bdak2 boria. tq utk terus berada dlm grup kita. walaupon orgnya silih berganti tapi yg tua satu ni tetap utuh mendokong cita2 dan usaha aku. kami sama2 bekerja di bawah satu bumbung di petrona performing arts grup...sebagai penari...dan sampai masa sekarang kami masih menari bersama walau sudah dalam situasi dan bumbung yang berbeza. semangat dia jugak wat aku terus semangat. tq oyang!!!

4) baby - superstar berangan ni dah masuk thn ke-4 bertanding feseni. kiranya dia ngan aku ni dah standard legenda ar...tp versi beza2 ar...versi dh grad smbung master ngan versi degree lom grad2...hahahahha. jgn marah b!komitmen nya bgus,semangatnya kuat!!!byk2 manusia dlm kumpulan dialah yg paling excited klw bab2 beradu ni.dia merangkap penasihat dan pengkritik dlm kumpulan. kompom rindu giler abg pasni bila baby dah grad!baby extend ar lagi...hahahha. aku doakan tesisnya cemerlang dan berjaya!tinggallah um utk kecapi kejayaan dan kemanisan seni kat luar sana sebagai penari berilmu. 

5) ciput - terimakasih utk susah payah put ulang alik dari klang berlatih ke um.abg sangat2 hargai...dari seorang yg x tau apa2 sampailah seorang penari yg manis di pentas. bercakap x berenti...aku yg ramah ni pon kdg2 ada masa jemu bercakap tapi 2 benda yg x jemu dilakukan ciput ialah bercakap dan makan. sama mcm yg lain jugak dia sdg berperang dgn tesis keduanya. hanya iringan doa untuk kejayaan ko gigirlzzzz....

6) takip - nak cter bz suma org bz lah...dia ni pon bz...klas smpai mlm tu blom cmpur aktiviti sosialnya dgn tman2 hp nya...smbunyikan fon meragau huru hara.hahahahha.takip didikan aku sendiri kat um ni...pertaruhan paling berani yg aku pernah bwk ke festkum...berjaya pon...takip wat apa2 pon ttap nmpak comel wlwpon dia salah. dlu dia mnari teruk...tp dia makin matang dlm tari dgn sbb menari utk pertandingan...dlu slalu kna marah...kena jerit pekik.sampai kaki berbungkus2 kerana menari...dtg pon slalu punctual...skg dh x punctual sgt...yelah dh terer lah katakan...senior kot...dah ada junior si ujang tu.hahahha...men2 jek...takip adalah penari paling bertuah dlm pertandingan...senarai kalah skali jek di festkum 2010 suma senarai no 1 jek stiap kali dia bertanding...dia tuah kumpulan kitorg...suma org pon bertuah...aku pling bertuah sbb ada kwn2 cm diorang.

7) ella - baru lagi join grup...percubaan pertama di MMU (piala tun dr siti hasmah suma org puji dia lambung2). sampaikan kjayaan no 1 kat sn ktorg letakkan sbg kejayaan atas usaha dia. dia kena gnti podeng last min sbb podz tua g dubai...kali ni ella nari lagi.hopefully akan terus lekat dan kekal dlm grup...

8) teo - ni 1st time join grup...satu2nya dak cina dlm grup tp kami berdua adalah 2 org yg paling putih dlm grup (teo ngan aku). all the best utk teo.abg kerul xde pape nk bg...cma wish tq so much sbb nk join ktorg...

9) am - dah dua kali tolak pelawaan aku bertanding...1st masa festkum 2010.(mb dia dah terbau yg ktorg akan kalah). lagi satu feseni thn ni xnak join bz lah...so dh abis pujuk smpai muntah darah ngn air mata mustakmal pon dia mmg xleh nk bntu mnari sama. so terpaksalah berencak dana berdana 5 psg jek utk pertama kalinya. sbb slalunya msti akan mnari 6 psg. tup2 org utk kreatif shot. x ckup org...aku pujuk nyer pujuk nak jgklah wlwpon kekangan masanya sgt padat. am xleh lah aku nk label sbg penari asuhan aku sbb dia bkn didikan aku yg mula2 skali...ms tu dia jd sunshine.hahahha...anyway tq so much...

10) ujang - teruskanlah dgn minat ko dlm tari. tp jgn abaikan pelajaran. maaf klw abg jerit kat ko cm nk mati. xde simpan niat dlm ati cma nk mmperbaiki jek. ko ada minat ada bakat msti boleh.cuma usaha ke arah tu kena kuatlah. menari jgn teleng. jgn tonggek n jgn mnari cm bdak2 ko dah tua dah...muka lagi tua dr muka abg.

11) rashid - xde apa2 lg nk komen. tq n work hard ek.

12) shahnaz - shahnas salahkan am taw sbb dia shahnas x join tradisional abg. hahahaha.tp ada hikmahnya jugak.shahnas leh bntu grup pasum ngan abg sya. terima kasih byk2 sbb mendokong perjuangan kita slama ni. dr sithung, larh, mppj suma shahnas ikut n mng kot,,,,rekod tanpa kalah.hahahaha. gud luck utk tesis. A++++.bg hadiah kat mami n daddy shahnas...








pastikan kejayaan demi kejayaan kita kecapi lagi insyallah...jadikan feseni thn ni adalah kenangan terindah utk kita suma...


Friday, February 4, 2011

cuti tahun baru cina

hai...salam
pertama kali dalam rangka tulisan bertajuk di blog sendiri aku menulis...
tq kepada combi (adik perempuan) yang sudi bersusah payah membuat kan blog utk aku. utk aku, blog tu bukanlah satu tuntutan yang terlalu penting sgt, tp mungkin akan jadi penting kalau bahan nya menarik dan isunya bagus...lagipon aku sekadar melepas perasaan dan berkongsi cerita serta pengalaman hidup dalam ruangan sendiri.
ok2...berbalik pada tajuk asalnya aku nk share ni...
setelah hampir 5 bulan tak balik ke kampung...cuti raya cina dan mid sem break ni aku gnalah pluang nk balik kg...rindu dah sgt kat suma yg ada kat kg...famili, n kwn2. can u imagine???last aku balik kg masa raya aidilfitri aritu...duk menyibukkan diri di kuala lumpur demi tuntutan pelajaran dan pengajian aku yg kini dah disambung ke peringkat Master (tari) dan dengan kerja2 seni di kl ni...slpas hari raya aidilfitri aku sibuk sebagai koreografer mari menari (realiti show yg mcm sehati berdansa), koreograf utk MAKSAK (grup pdrm), Festkum (prtndingan antara universiti awam yg sedih), Festari di MMU dan yg sedang diusahakan skg feseni...um 2011...sibuk...sibuk...sibuk...kat kl,sapa byk berehat dan berangan dia tertinggal. org yg cakap,tp aku pcy...btol pe...bkn stakat kat kl,kat mn2 pon konsepnya sama. besarkan nk rehat xyah kejelah beb...
byk btol aktiviti aku kerjakan cuti ni...karaoke ngan bapak sdara, karaoke ngan kwn2, makan mlm ngan kuarga (tq combi sbb blnja), suh mak wat pulut kuning utk byr niat nazar (sbb lulus degree ngan cemerlang), dan gi tman nana wat research kat btu pahat. zapin tg labuhnya. jap2, belok cter ckit. mak salmah penerus zapin tg labuh ni adalah sebaik2 manusia dan sesporting2 warga tua yg aku pnh jmpa...baik sgt...katanya biar dia miskin umah buruk, tp ilmu jgn lokek,budi bahasa jgn ilang...nmpak sgt hasilnya pada peribadi anak2 dia yg semuanya baik2.so, yg ada ilmu tu jgn kedekut.berkongsilah.
woooo, cuti yg padat dan memenatkan...ini x masuk ngan lepak2 ngan kwn2 gi...bz woo.rasa mcm ADUN Tenang bz sgtlah gamaknya...hahahah. seronok kan nulis kat blog ni...suka2 jek apa nk conteng...apapun aku enjoy!!!(yg cm nora danish ckp tu) spnjg balik kg...really luv my famili n frenz here...muah3...dedicate this to mak, abah, mak laut, combi, mayang, maton, ajar dan nana...